Susulan kenyataan saya semalam, saya menerima banyak maklum balas—sebahagian daripada rakan-rakan, tetapi kebanyakannya daripada orang yang tidak saya kenali. Seperti biasa, ada troll menggunakan nama samaran yang menghina, tetapi majoriti memberi respons positif.
Dalam kalangan mereka, ada yang mengingatkan saya tentang dua perkara:
1) Semasa wawancara Anwar Ibrahim dengan Mary Ann Jolley dari program Al Jazeera 101 East, Jolley bertanya berkenaan Najib Razak dan skandal 1MDB. Anwar terus melenting, dan bila dia tanya Jolley kenapa perlu obses berkenaan Najib, Jolley menjawab kerana ia merupakan kes kleptokrasi terbesar di dunia. Anwar dengan tegas membalas bahawa itu hanyalah berdasarkan pengetahuan Jolley yang cetek. Anwar menyatakan bahawa sebagai Perdana Menteri, dia mempunyai maklumat yang jauh lebih menyeluruh mengenai kes-kes penyelewengan berbilion ringgit yang melibatkan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dia menambah lagi bahawa semua kes ini sedang disiasat. Dia juga menyatakan bahawa mereka yang mengkritik Najib tidak melontarkan kritikan yang sama terhadap pemimpin lain yang didakwa mencuri berbilion ringgit. Maksudnya, bukan Najib sahaja yang menyamun kantung negara. Ada lagi pemimpin lain yang lakukan lebih teruk daripada itu.
Sudah difahami umum bahawa bekas PM yang dimaksudkan oleh Anwar ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun Anwar memberitahu media antarabangsa bahawa dia mempunyai semua maklumat mengenai salah laku yang kononnya dilakukan oleh Tun Mahathir, sehingga hari ini, tiada bukti didedahkan, dan tiada tuduhan dikenakan terhadap Tun. Jika Anwar begitu yakin mendakwa memiliki bukti, mengapa dia tidak mendedahkannya?
Atau adakah Anwar sekadar ingin membentuk persepsi antarabangsa—menggambarkan Tun Mahathir sebagai korup sambil memposisikan dirinya sebagai bersih sebersih-bersihnya? Anwar juga berkata kepada Jolley, “Saya dipenjarakan dahulu oleh Mahathir, kemudian oleh Najib. Saya tidak menyimpan dendam. Ia satu penyakit.” Walaupun begitu, orang ramai tahu Anwar memang bersifat pendendam.
2) Ketika ditanya tentang kes Riza Chalid dalam sidang media bersama media Indonesia di Jakarta baru-baru ini, Anwar menjawab bahawa dia tidak boleh membuat tuduhan tanpa asas tanpa proses undang-undang terhadap tokoh korporat yang diburu Indonesia itu. Mengapa Anwar tidak menggunakan prinsip yang sama mengenai tuduhan tidak berasas yang dilontarkannya terhadap Tun Mahathir dan anak-anaknya?
Selama 25 tahun, Anwar telah membuat pelbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir, namun tidak satu pun bukti dikemukakan. Jika Anwar boleh memperlakukan bekas pemimpin Malaysia sebegitu rupa, Indonesia patut mendesak supaya Riza segera diekstradisi ke Jakarta tanpa memerlukan sebarang bukti kesalahan.
Ada berani? Kalau tak berani, turun.
Comments
Post a Comment