Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak 1447H menjadi saksi momen menyentuh hati apabila Sultan Nazrin kelihatan sebak di akhir titahnya, menitipkan doa penuh harapan agar rakyat terus hidup dalam perpaduan dan keharmonian. Suasana majlis menjadi syahdu apabila doa itu disampaikan dengan penuh keikhlasan. Titah baginda turut menggariskan pentingnya nilai kesederhanaan, toleransi dan ukhuwah dalam mengekalkan kestabilan negara. Baginda menzahirkan kebimbangan terhadap budaya fitnah dan kebencian yang kian menular, terutamanya melalui media sosial yang disalahgunakan. Dengan tema “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan”, sambutan kali ini bukan sahaja menghidupkan semangat Rasulullah SAW tetapi juga menjadi medan menyemai nilai kasih sayang dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk. Moga semangat ini terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.
Search
Sections
Trending now

KISAH DAIM
KISAH DAIM 1. Daim telah meninggal dunia. 2. Saya kehilangan seorang kawan. 3. Ki…

KOMPLEKS MEMBELI-BELAH
KOMPLEKS MEMBELI-BELAH 1-Pada hujung minggu, saya memandu di sekitar Kuala Lumpur. 2…

Delegasi dari Republik Tajiskistan
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad menerima delegasi dari Republik Tajiskistan yang diketuai o…
wow hebat akalnya
Bersyukur masih sihat, dapat bekerja di usia 100 tahun
Bersyukur masih sihat, dapat bekerja di usia 100 tahun – T…
About Me
- seurat cerita
- Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.
Comments
Post a Comment