Labels

Skip to main content

𝗣𝗔𝗬𝗨𝗡𝗚-𝗣𝗔𝗬𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

 


𝗣𝗔𝗬𝗨𝗡𝗚-𝗣𝗔𝗬𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥
1. Sambutan terhadap cadangan payung besar amat menggalakkan.
2. Tiap mereka yang ingin jadi Perdana Menteri mendiri payung besar mereka.
3. Dengan itu akan terdapat dua, tiga atau lebih payung besar.
4. Dan orang Melayu pun akan sokong dan jadi anggota payung-payung ini.
5. Seperti dengan keanggotaan dalam parti, orang Melayu akan berpecah. Maka payung besar pun memecah belah orang Melayu.
6. Sama-samalah kita berfikir. Hendak ada satu sahaja payung besar atau beberapa payung besar.
7. Hendak bersatu atau hendak berpecah.
8. Percayalah jika ada lebih dari satu payung besar hasilnya perpecahan dan kekalahan.
9. Sesungguhnya pengundi Melayu mempunyai cukup kawasan untuk menang dan diri Kerajaan. Tetapi bukanlah niat orang Melayu untuk mendiri Kerajaan 100% Melayu. Seperti dengan Perikatan dahulu Kerajaan campuran boleh didiri dengan kaum Cina, India dan suku kaum lain.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
23 September 2025
Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments