Labels

Skip to main content

Perjalanan Hidup Seorang Negarawan Lagenda

 


Perjalanan Hidup Seorang Negarawan Lagenda
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
 
 
 
10 Julai 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Anak kepada Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi.
1932: Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Government English School (GES) Alor Setar (kini Kolej Sultan Abdul Hamid).
1941–1945: Berniaga kecil-kecilan untuk membantu keluarga sewaktu pendudukan Jepun.
1946: Menyertai UMNO yang baru ditubuhkan.
1947: Menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.
1947: Mengkritik sikap pentadbiran kolonial yang tidak mengutamakan wanita dalam pentadbiran melalui penulisan di akhbar The Sunday Times dengan nama pena Che Det.
1953: Berkahwin dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali (rakan sekelas di universiti).
1954: Tamat pengajian; kembali ke Alor Setar dan bekerja sebagai pegawai perubatan kerajaan, kemudian membuka klinik sendiri – Klinik Maha di Jalan Tunku Ibrahim.
1959: Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar (Setengah penggal pertama).
1969: Kalah dalam pilihan raya; kemudian dipecat dari UMNO kerana kritikan terhadap Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman melalui surat terbuka.
1970: Menulis “The Malay Dilemma” yang mengkritik beberapa sikap orang Melayu.
1972: Diterima semula ke dalam UMNO.
1974: Dilantik sebagai Menteri Pelajaran; dipilih sebagai Naib Presiden UMNO.
1976: Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Hussein Onn.
16 Julai 1981: Rasmi menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn. Memperkenalkan dasar-dasar utama: Dasar Pandang ke Timur, Penswastaan dan Perindustrian negara.
1983: Krisis Perlembagaan Negara
1985: Berlaku Insiden Memali
1987: Krisis UMNO yang membawa kepada pengharaman UMNO lama; beliau menubuhkan UMNO (Baru).
1988: Krisis Ketua Hakim Negara dipecat
1997–1998: Krisis kewangan Asia; pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencetuskan gerakan Reformasi.
2003-2015: Bersara daripada jawatan Perdana Menteri; diganti oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kadang kala, Keluar masuk UMNO beberapa kali kerana kecewa dengan kepimpinan semasa.
2016: Menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
2018: Menerajui Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
10 Mei 2018: Dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada usia 93 tahun, menjadi pemimpin tertua di dunia ketika itu. Berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Februari 2020: Krisis politik (“Langkah Sheraton”); meletak jawatan selepas BERSATU keluar dari Pakatan Harapan.
2020: Menubuhkan parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
2021–2022: PEJUANG gagal memperoleh keputusan baik dalam pilihan raya negeri.
2022: Bertanding di Langkawi dalam PRU-15, tetapi kalah dan hilang deposit.
Terus lantang bersuara mengenai isu negara, termasuk soal rasuah, Melayu dan kedaulatan.
2023–2024: Masih aktif menulis, memberi pandangan, dan hadir ke forum-forum politik meskipun sudah berusia 99 tahun (pada 2024).
10 Julai 2025: Tun Mahathir mencapai umur 100 tahun.
Selamat Menyambut Hari Kelahiran Yang Ke-100 Tahun buat Dr. Mahathir bin Mohamad. Negara tetap menghargai sumbangan yang Tun telah curahkan selama ini. Semoga Tun kekal sihat dan dikurniakan kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian.
 
 
 

 




Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments