Labels

Skip to main content

Pameran Merdeka: Malaysia

 


🇲🇾✨ Meraikan Perjalanan Malaysia dan Legasi Tun Dr Mahathir ✨🇲🇾 YKP jemput anda semua teroka 2 pameran istimewa, hingga 30 Sept 2025, meraikan kemajuan & kepimpinan Malaysia. 📌 Pameran Merdeka: Malaysia – Legasi Kemajuan: Dari Kemerdekaan ke Kemajuan Perjalanan luar biasa Malaysia sejak 1957, mempamerkan transformasi negara dari kemerdekaan kpd kemajuan masa kini: Aktiviti menarik, termasuk: 🎬 Tayangan Dokumentari | 🧠 Kuiz Merdeka | 🎁 Cabaran Menarik | 📝 Papan Pelekat Harapan untuk Malaysia 📌 Pameran Khas: Sambutan 100 Tahun Sebagai penghormatan kepada ulang tahun ke-100 Tun Dr Mahathir Mohamad, pameran ini menonjolkan perjalanan kepimpinan, ucapan, pengalaman hidup, dan sumbangan beliau dalam membentuk masa depan Malaysia. 🕘 Dibuka Isnin – Sabtu, 9:00 PG – 5:00 PTG 📅 Juga dibuka pada 15 & 16 September (Cuti Umum) 🎟️ Masuk PERCUMA 📍 Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya ✨ Jadilah sebahagian kisah Malaysia — di mana sejarah bertemu inspirasi!

 


 




Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments