Labels

Skip to main content

buku kecil

  

 


Tiap kali mesyuarat kabinet bawah Dr. Mahathir, para Menteri berdebar bila beliau keluarkan buku kecil dari poketnya. Dr. Mahathir biasa tulis apa idea yang terfikir dan perkara penting yang beliau nampak. Beliau takut terlupa. Kongsi seorang menteri, di dalam satu mesyuarat kabinet, Dr. Mahathir baca apa yang dicatatnya; “Saya sedang memandu di Jambatan Putrajaya dan di situ ada satu lampu jalan dengan nombor siri ini tidak menyala. Dan di satu simpang, ada tong sampah penuh dengan sampah yang tidak dikutip. Saya juga lihat ada satu lampu spotlight di Tasik Putrajaya. Patutnya menyala dan mencantikkan tasik tetapi tidak menyala.” Kemudian Tun angkat kepala dan tanya; “Menteri mana yang bertanggungjawab?”

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments