Labels

Skip to main content

sumud flotilla

 Menteri-menteri luar dari Qatar, Bangladesh, Brazil, Colombia, Indonesia, Ireland, Libya, Malaysia, Maldives, Mexico, Pakistan, Sultanate of Oman, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol dan Turkiye menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan “Global Sumud Flotilla”, sebuah inisiatif masyarakat sivil yang menghimpunkan warganegara dari pelbagai negara.

Dalam kenyataan bersama itu, para menteri menegaskan bahawa matlamat utama Global Sumud Flotilla adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung G, meningkatkan kesedaran terhadap keperluan mendesak rakyat P, serta menuntut penghentian perang di G, pengukuhan keamanan dan penyampaian bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Mereka menekankan sokongan kerajaan masing-masing terhadap tujuan tersebut, di samping menegaskan komitmen kepada undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan. Para menteri turut menyeru agar semua pihak mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan flotilla dan para peserta.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas flotilla atau penahanan kapal-kapalnya di perairan antarabangsa merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, selain akan menghalang penyampaian bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan dengan segera

 


 sumber fb Cinta Salam Malaysia

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama

Comments