Labels

Skip to main content

IMMUNITY

 






IMMUNITY

1. Dato’ Seri Anwar cuba elak dari dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan bahawa Perlembagaan memperuntukkan immunity (kekebalan) bagi Perdana Menteri.

2. Kenapa cuba elak dari dibicara di mahkamah?

3. Kerana Dato’ Seri Anwar tahu dirinya akan didapati bersalah.

4. Kalau tetap menang tentulah lebih baik jika mahkamah mendapati dirinya tidak bersalah.

5. Kalau diberi immunity berkenaan satu kes, tak akan kes lain tidak immune. Tentu immune punya. Jadi Perdana Menteri boleh bunuh orang pun okaylah.

6. Di Malaysia pelaksanaan undang-undang pilih bulu. Bagi satu orang yang mahkamah tinggi sudah hukum salah, hukuman tidak dilaksana kerana konon menunggu keputusan rayuan (appeal). Apabila appeal court juga mendapati ia salah, masih juga hukuman tidak dilaksana.

7. Bagi orang lain sebelum pun dibicara di mahkamah, hanya semasa siasatan, mereka akan dimasuk dalam tahanan berbulan-bulan, harta dirampas, keluarga ditekan. Pendek kata sebelum pun didapati bersalah sudah dihukum, didera. Itu bagi orang lain.

8. Jelaslah walaupun tertakluk kepada undang-undang yang sama tetapi pelaksanaan tidak sama. Memang benar dalam kes seperti membunuh atau mengedar dadah, yang dituduh boleh dimasuk dalam tahanan sementara siasatan dibuat. Tetapi kerap juga kes yang tidak serius, dimasuk dalam tahanan juga. Kemudian dibebas tanpa sebab.

9. Inilah reformasi yang dilaung, dijanji.

10. Jelaslah siapa kaki bohong.
 
 DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 10 Jun 2025


Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments