Labels

Skip to main content

𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜

 

 


 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 1. Saya kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon Perdana Menteri. 2. Calon tidak akan jadi Perdana Menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi. 3. Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112. 4. Parti lain pun akan letak calon melawan partinya. 5. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi. 6. Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri. 7. Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon Perdana Menteri. 8. Sebaliknya berusahalah untuk Melayu bersatu. 9. Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai. 10. Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat. 11. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri. DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 17 September 2025

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments