Labels

Skip to main content

Perjanjian Timbal Balik Amerika Syarikat & Malaysia

 

 


 *RESOLUSI BERSAMA*

[Perjanjian Timbal Balik Amerika Syarikat & Malaysia]

1. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan seterusnya pada tahun-tahun selepas itu kita bekerja keras untuk menghapus segala bentuk pengaruh asing ke atas negara kita khususnya dalam perdagangan dan ekonomi.

2. Perjanjian Timbal Balik Amerika Syarikat & Malaysia yang diluluskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet Madani amat berat sebelah serta memihak kepada kuasa luar. Ianya korbankan kemerdekaan kita.

3. ⁠Perjanjian ini mengikat Malaysia kepada rentak tarian Amerika Syarikat dan menjadikan negara kita negeri naungan atau lindungan (a vassal state).

4. ⁠Perjanjian ini meletakkan Malaysia hilang kebebasan untuk berdagang secara terbuka dengan negara-negara lain dan perlu tunduk kepada syarat syarat yang boleh ditentukan oleh Amerika Syarikat.

5. ⁠Rakyat Malaysia rata-rata telah menjalankan perniagaan /perdagangan dengan pelbagai negara di dunia. Perjanjian baru ini sudah pasti akan menjejaskan perdagangan mereka dengan rakan-rakan dagang serata dunia yang hubungan telah dibina sekian lama.

6. Perjanjian ini juga membenarkan dasar campur tangan Amerika Syarikat kepada industri pemakanan, pembuatan, pertanian, pemerdagangan, telekomunikasi, ketenteraan, nuklear, nadir bumi, perlombongan dan sebagainya. Hampir keseluruhan ekonomi negara dikorbankan, demi mendapat pujian dari Presiden Amerika Syarikat.

7. Malahan hak untuk menentukan halal haram barangan yang dibawa masuk dari negara bukan Islam dalam konteks ini Amerika tidak dapat lagi ditentukan oleh negara kita.

8. Penjelasan Kerajaan juga amat diragui. Ini adalah kerana komentar-komentar badan-badan terkait ekonomi dunia serta media asing melabel perjanjian ini sebagai penjualan hak kebebasan memilih Malaysia.

9. Kenyataan Perdana Menteri kononnya Malaysia masih bebas dan boleh menentukan hala tuju sendiri tidak langsung meyakinkan dan berbeza dengan terma-terma yang wujud dalam Perjanjian tersebut.

10. Setelah meneliti Perjanjian tersebut, jelas ia melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak Melayu dan Bumiputera serta mengenepikan hak-hak Kerajaan Negeri (Senarai Negeri).

11. ‘Exit clause’ yang digunakan sebagai alasan oleh Perdana Menteri adalah satu penipuan yang tidak akan dapat mengeluarkan kita dari perangkap ini.

12. Satu-satunya ‘exit clause’ yang ada sekarang adalah untuk Dato Seri Anwar Ibrahim dan kabinetnya bertanggungjawab dan letak jawatan.

*#TOLAKART*
*#TURUNANWAR*

*3 November 2025*
*Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya*

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments