SETPOL PM.
1. Foto ini foto lama tahun pertama Tun bersara. Ada di antara dalam itu Setpol PM4. Setpol ini banyak membantu PM4 tanpa meviral apa dia buat. Apa sahaja issue Setpol inilah yang akan buat kerja dengan blessing PM4. Dia juga yang mengatur pertemuan Nelson Mandela berjumpa PM4 sebaik Mandela keluar jel. Setpol inilah yang membantu PM4 kawtim Semangat 46 dibubarkan demi mengelak dari melayu berpecah. Setpol PM4 ini jugalah yang membawa saya menunaikan umrah pertama kali dengan menunjukan hotel di mana Setpol ini berunding dengan arwah Nik Aziz kembali ke umno untuk menyatukan melayu. Ada banyak lagi cerita belakang tabir apa Tun buat dan beliau masih hidup.
2. Saya kenal juga Tan Seri Aziz Samsudin. Masa ini pejabat PMO di Jalan Dato On. Walau masih mentah tapi arwah share macam macam perangai buruk TPM masa itu. Memang susah nak percaya sebab lakunan beliau. Dulu kalau PM atau TPM jika ada tetamu dalam bilik ada lampu merah akan menyala jika ada tetamu. Pernah lampu merah ini menyala lama kerana ada tetamu khas beliau ..hehehe..
3. Datuk Dasuki juga saya kenal walau tak lama. Pernah masa bersembang di pejabatnya tiba tiba PM4 panggil..bergegas beliau basuh mulut..hehehe. Saya tak simpan dalam friends list.
4. Antara Setpol ini telah siap membukukan kisah kebaikan Tun di belakang tabir tapi Tun tidak benarkan diedar. Tun kata “ tunggu saya dah tak ada “ 

. Difahamkan penulis sedang menyiapkan dalam pelbagai bahasa international dan mungkin di launching di luar negara. Mungkin marhaen dalam negara tidak tahu menghargai jasa seorang yag berjasa.
5. Setpol Setpol PM4 tidak mendahului boss mereka untuk berbuat apa sahaja. Blessings PM4 wajib diperolihi dulu. Sekarang nampaknya jawatan Setpol seperti duduk dalam dulang emas.
6. Adakah tugas Setpol membantu mencari kotak kotak yang hilang..hahaha..negolah jika jutaan ringgit terlalu tinggi..


Morning semua
Haji Zainal Pandak
20 Nov 25

Comments
Post a Comment