Labels

Skip to main content

nasihat negarawan

 


Hari ini saya berpeluang bertemu dengan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat beliau di Yayasan Bukhary, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan ini, saya berkongsi perkembangan terkini berkaitan pembangunan Negeri Kedah serta mendapatkan nasihat berharga daripada beliau sebagai tokoh negarawan yang berpengalaman luas dalam dunia kepimpinan negara.

Antara nasihat yang dikongsikan oleh Ayahanda Tun adalah sangat mendalam dan bernas, antaranya:

1. Orang Melayu mesti beralih ke bidang pembangunan dan eksploitasi aset, bukan hanya menjadi pengguna.

2. Tanah dan apa yang ada dalam tanah merupakan sumber kekayaan yang perlu diterokai dengan ilmu dan kemahiran untuk menghasilkan produk yang mampu menembusi pasaran.

3. Apabila negara menjadi maju, seluruh rakyat akan menikmati nikmat kemakmurannya.

4. Dalam membuat keputusan, pemimpin mesti menilai dengan kajian dan pertimbangan, jangan takut mengambil risiko jika berpotensi berjaya.

5. Namun jika didapati tidak mampu dilaksanakan, jangan berani secara membuta tuli.

6. Untuk berjaya, kita mesti berani melangkah apabila yakin dan berilmu.

Nasihat ini saya anggap sebagai panduan penting dalam meneruskan usaha membangunkan negeri Kedah dan memajukan bangsa melalui kekuatan ilmu, industri dan keberanian strategik.

YB. DR. HAIM HILMAN BIN ABDULLAH

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments