1. Kenyataan yang dilontarkan oleh Anwar adalah kapasiti sebagai seorang PM.
2. Walaupun Anwar pernah membuat tuduhan yang sama sebelum memegang jawatan tersebut namun kesannya tidak sama.
3. Anwar selalu buat tuduhan palsu kepada saya. Apabila dia buat tuduhan ini sebelum jadi PM, tidak terkesan tapi bila jadi PM, dia buat tuduhan yang sama ia amat terkesan.
4. Ini dapat dilihat dalam sosial media kenyataan yang reflek apa yang Anwar kata terhadap diri saya. Kesan tuduhan yang dibuat semasa jadi PM memang lebih kuat berbanding sebelum jadi PM
5. Setelah membaca bukti yang dibawa, tidak ada satu pun menunjukkan saya dapat wang daripasa pengurusan kerajaan Malaysia.
6. Sebagai PM, saya jalankan tugas, buat keputusan dan lain-lain tapi tidak ada apa-apa dalam dokumen yang disiar menunjukkan saya seleweng wang kerajaan.
7. Saya tidak ada punca pendapatan lain selain gaji saya
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mahkamah Tinggi Shah Alam
21 Oktober 2025
sumber maalay digest
Comments
Post a Comment