Tuesday, 3 December 2024

UCAPAN TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI TERENGGANU INTERNATIONAL SUMMIT

 


UCAPAN TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI TERENGGANU INTERNATIONAL SUMMIT 2024 PADA 23 NOVEMBER 2024


1. Hari ini kita tahu bahawa orang Islam ditekan, dihina, diherdik, dibunuh  dan kita dapati kita tak mampu sama sekali untuk memberi perlindungan dan menyelamatkan mereka.

2. Kita dapati bahawa kita amat lemah. Sedangkan kita tahu di zaman Nabi dan selepasnya, orang Islam adalah orang yang kuat, yang mampu mendiri tamadun Islam yang berkembang, daripada negara China sehingga ke negara Sepanyol.

3. Itu di zaman dulu, sehinggalah sampai kepada zaman pemerintahan Uthmaniyah, daripada Turki, pada masa itu, Turki juga menjadi satu kuasa besar dunia, di waktu itu tidak ada siapa yang berani menghina dan menekan orang Islam, kerana mereka takut akan kekuatan orang Islam khususnya, tentera-tentera yang dimiliki oleh Uthmaniyah.

4. Tetapi hari ini, apa yang kita lihat ialah apabila saudara-saudara kita dihina, diherdik dan dibunuh beramai-ramai, tidak ada satu pun yang dapat dilakukan oleh kita untuk menolong melindungi mereka, sedangkan ini adalah sesuatu yang disuruh oleh agama kita, agama kita berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi orang Islam membuat persediaan untuk mempertahan dan melindungi orang Islam, terdapat ayat ini dalam Quran.

5. Dalam Quran disebut bahawa kita perlu mempunyai kuda-kuda perang, senjata-senjata seperti pedang, tombak, pemanah dan sebagainya. Itu di zaman Nabi.

6. Tetapi senjata-senjata itu di zaman ini tidak boleh diguna sama sekali, tidak akan berjaya menyelamatkan dan mempertahankan umat Islam.

7. Zaman ini, senjata-senjata berbeza daripada Nabi. Ya, kita harus ikut sunnah-sunnah Nabi. Tetapi apakah sunnah Nabi yang sebenar?

8. Bukan memiliki senjata di zaman Nabi tetapi mempertahankan umat Islam, melindungi mereka dan menyelamatkan mereka. Di zaman ini, untuk pertahanan bukan lagi senjata-senjata di zaman Nabi, tetapi senjata di zaman ini yang menjadi sunnah Nabi bukan senjata tetapi keperluan kita memberi perlindungan kepada umat Islam.

9. Kita hari ini lihat bagaimana orang Islam dibunuh beramai-ramai di Gaza dan di Lubnan dan di mana-mana tempat orang Islam ditekan tetapi kita tidak ada senjata kita sendiri untuk melindungi umat Islam bermakna bahawa kita ikut sunnah Nabi setakat senjata zaman Nabi bukan berkenaan dengan pertahanan umat Islam.

10. Kita tidak mampu mempertahankan umat Islam kerana kita lemah daripada segi ilmu dan sebagainya kerana senjata-senjata moden ini memerlukan ilmu. sebelum kita dapat cipta dan keluarkan senjata canggih seperti pesawat pejuang, seperti kapal perang, seperti kereta kebal, kita tidak mempunyai ilmu ini dan kita perlu membeli senjata-senjata ini daripada pihak lain.

11. Dan pihak-pihak ini tidak bersimpati dengan kita, yang sebenarnya bermusuh dengan kita, kita tidak akan dapat senjata yang terbaik untuk melindungi kita apabila kita diserang oleh mereka.

12. Kita tidak punyai kebolehan ini kerana ilmu untuk membuat senjata moden ini tidak ada kepada kita. Kita ketepikan ilmu-ilmu ini. Sedangkan ilmu-ilmu ini ada kaitan dengan apa yang dikehendaki oleh orang Islam iaitu melindungi orang Islam.

13. Sebab itu kita perlu kaji semula tentang apakah ajaran yang kita dapat daripada sunnah Nabi. Bukan untuk mempunyai kuda perang tetapi untuk mempunyai senjata moden.

14. Untuk senjata moden ini kita perlu kepada ilmu, ilmu dalam bidang apa. Ya, kita perlu ada ilmu berkenaan dengan agama kita sebagai orang Islam, tetapi tidak ada larangan terhadap memiliki ilmu untuk mempertahankan umat Islam dan ilmu yang perlu adalah ilmu seperti sains, matematik dan lain-lain yang boleh memberi kepada kita kebolehan mencipta dan mengeluar serta mengguna senjata-senjata moden.

15. Sebab itu sementara kita utamakan pelajaran agama, kita tidak boleh ketepikan pelajaran di bidang-bidang untuk melaksanakan kehendak agama kita. apa yang diwajibkan oleh kita melindungi umat Islam.


16. Kita lihat bagaimana orang-orang di Gaza, di Lubnan dibunuh beramai-ramai dan tidak ada satu pun pasukan kita yang mampu melawan dengan Israel. Kita takut kepada Israel, sedangkan umat Islam di dunia ini lebih dua billion bermakna dua ribu million orang Islam ada di dunia ini.

17.  Tetapi orang Yahudi, hanya ada 15.7 milion sahaja. Kita tak mampu lawan dengan 15.7 milion walaupun jumlah kita begitu ramai.

18. Kenapa ini berlaku? Kita tidak ada keupayaan untuk melakukan sunnah Nabi mempertahankan umat Islam.

19. Sebab itulah kita perlu kaji semula tentang kefahaman kita terhadap agama Islam. Kita lebih utamakan perkara yang kecil-kecilan, perkara titik bengik yang diutamakan oleh kita.

20. Sedangkan apa yang disuruh kita lakukan, diwajibkan bahkan disebutkan dalam Al-Quran bahawa kita perlu mempunyai kebolehan, untuk menyelamatkan umat Islam, itu kita tidak beri tekanan. Kita lebih utamakan perkara-perkara yang kecil sehingga kita lakukan kezaliman dan sebagainya.

21. Dan adakala, kita lebih utamakan cara-cara kita kononnya menunjuk betapa kuatnya kita pegang kepada agama Islam betapa kuatnya Iman kita.

22. Iman kita tidak bergantung kepada perkara yang kecil sahaja. Sementara kita lakukan perkara-perkara yang kecil yang tidak perlu saya sebutkan di sini, kita juga perlu utamakan perkara-perkara yang lebih besar dan yang lebih besar ialah untuk menyelamatkan umat Islam.

23. Kita amat sedih melihat bagaimana orang Islam di dibunuh beramai-ramai tanpa ada satu pun negara Islam yang mampu mempertahankan umat Islam.

24. Jauh sekali mereka melawan dengan Israel, sedangkan kita adalah lebih ramai daripada orang Yahudi. Orang Yahudi mempergunakan bangsa-bangsa lain untuk mempertahankan diri mereka, jumlah mereka tak ramai, tetapi mereka begitu cekap untuk memperalatkan negara-negara lain untuk mempertahankan tindakan-tindakan ganas mereka.

25. Kita lihat bagaiman Amerika Syarikat melindungi Israel sehingga keputusan bangsa-bangsa Bersatu supaya dihentikan peperangan. Pihak Amerika Syarikat menggunakan vetonya sehingga dengan itu, ramailah orang Islam di Gaza dan di Lubnan dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh tentera Israel.

26. Bukan kerana Israel kuat, tetapi kerana takut, kepada negara Amerika Syarikat. kerana kita takut kita tidak berani bertindak melawan Israel, kerana kalau kita bertindak melawan Israel maka Amerika akan bertindak terhadap kita. mengenakan sanction kepada kita, bahkan mereka boleh mengambil tindakan ketenteraan kepada kita.

27. Kenapa mereka boleh ambil tindakan ketenteraan kepada kita? Sebabnya ialah kerana kita lemah, kita tidak ada senjata, kita tidak ada pasukan- pasukan perang yang kuat yang boleh mempertahankan kita kalau diserang oleh Amerika Syarikat.

28. Jadi sekarang ini kita dituduh sebagai pengganas, teroris, Islam, agama yang mulia, yang kita ikuti dikenali sebagai agama teroris. dan kita tidak boleh buat apa-apa terhadap kehinaan yang dilempar terhadap agama kita dan umat Islam di seluruh dunia.

29. Inilah keadaan sekarang kita sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam sepenuhnya. Ya, kita sembahyang, kita berpuasa, kita keluar zakat, kita buat kerja haji, kita mengucap dua kalimat syahadat. Itu kita perlu buat. Itu adalah asas kefahaman, kepercayaan kepada agama Islam, tetapi bukan itu sahaja yang perlu kita buat.

30. Dalam Quran terdapat banyak pandua dan kita ketepikan dan kita ikuti ajaran-ajaran pihak yang berkepentingan.

31. Sebaliknya dalam Quran ada banyak panduan, yang mana kalau kita ikut apa yang disebut dalam Quran, kita akan jadi orang yang berjaya, orang yang kuat, yang mampu mempertahankan umat Islam tetapi kita ketepikan.

32. Sebagai contoh, agama Islam melarang kita membunuh, kita membunuh sesama orang Islam.

33. Kita lihat dengan sedihnya Orang Islam berperang dengan orang Islam, ada juga orang Islam, negara Islam yang berperang dengan negara Islam yang lain dan ini dilarang kerana orang Islam itu adalah bersaudara.

34. Tak kan lah kalau kita bersaudara, kita akan membunuh antara kita. Bermakna bahawa kita tidak patuh kepada ajaran Islam dan banyak lagi ajaran Islam  yang kita ketepikan.

35. Kita didesak supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil, tetapi kita tidak peduli sama ada adil ataupun tidak, kita mengikut nafsu dan kita ambil tindakan tidak mematuhi kepada ajaran agama Islam.

36. Di antara yang disebut dalam Al-Quran ialah orang Islam mesti bersedia untuk melindungi umat Islam dan seperti yang saya sebutkan tadi, kita ketepikan perkara itu dan utamakan perkara titik bengik yang menyebabkan kita berpecah belah daripada satu umat.

37. Sekarang ini kita mempunyai bermacam-macam ajaran yang memisahkan kita, sedangkan kita disebut dalam Quran tidak boleh membuat kumpulan-kumpulan dan membuat tafsiran-tafsiran yang akan memecahbelahkan orang Islam.

38. Inilah kesalahan kita. Ya, kita sedar bahawa orang bukan Islam melakukan kezaliman kepada kita tetapi kita tidak mampu membetulkan mereka.

39. Tapi kita mampu membetulkan diri kita. Apakah kesalahan kita. Kita mampu membetulkan apa yang kita lakukan yang salah lebih daripada kita suruh pihak lain, janganlah melaku zalim kepada kita.

40.  Kita berdoa, kita sembahyang hajat supaya menolong kita
supaya menolong kita, tetapi Al-Quran menyebutkan bahawa Allah tidak akan tolong kita melainkan kita berusaha sendiri pada masa itulah barulah boleh kita dapat pertolongan daripada Allah SWT.

41.  Ini kita tidak lakukan. Sementara kita lihat orang Islam, agama Islam dihina, kita tidak mampu menyelamatkan umat Islam, tetapi kita cuma berdoa, kita patut berdoa, meminta kepada Allah supaya melindungi kita, tetapi jangan lupa, kita perlu bertindak dahulu.

42. Dan apakah tindakan yang perlu kita ambil untuk menyelamatkan kita? Kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kita perlu mempunyai keupayaan mengeluarkan senjata-senjata canggih moden ini sendiri, kita perlu menggunakan senjata, kita perlu mempunyai pasukan-pasukan keselamatan yang mampu melawan dengan musuh-musuh kita.

43. Sebenarnya tidak ada satu masa dalam sejarah Islam orang orang Islam Islam yang begitu kaya sekali, Tuhan memberi banyak rezeki, banyak kekayaan kepada kita, sehingga pada tiap hari kita memperoleh begitu banyak wang. Apakah kita guna itu? Apakah untuk mempertahankan umat Islam? Tidak.

44. Kita guna wang itu, saya sedih melihat negara-negara Islam apabila kaya membeli bon-bon Amerika, apa makna?

45. What is the meaning buying of American Dollar Bon? Its means you are lending money to America. When you lend money to America, what does the Americans do with the money? They produce weapons to kill you, and we are financing them and then they will kill us.

46.  We don’t even know how to manage the wealth that God has given us that Allah has given us great wealth, but we see in Muslim countries poverty is everywhere. People are poor, people are not able to look after themselves.

47.  We have the money. We could spread it, Zakat and all is meant to help those who are poor among us, instead we give our money to America, so that they build more weapons to kill Muslims. This is what is happening.

48.  Yes, our enemies are bad. They do wrong things, but we cannot get them to correct themselves, but we can correct ourselves.

49.   So let us think again, where did we go wrong. When we identify the wrong that we have committed and take corrective actions. Insha Allah, with the help of Allah we will be able to overcome our detractors, our enemies and we will be able to stop Israel from killing Muslims, now they are doing it as if as they have nothing to fear.

50.  Yes, some people say that Israel has the right to defend itself, to make itself secure but as much as Israel may have that, the Palestinian also have a right to be secure.

51.  Today the Palestinian are not secure because we have failed to follow the injunction of Islam that we must always prepare ourselves to defend the Ummah so that nobody can oppress Muslims to the point that we see today where thousands of Muslims are being killed. And we are not doing anything.

52.  That is what we should acknowledge. We should acknowledge that we have failed and we must do something to overcome our failure.

53.  I would like to congratulate this Summit for bringing together Muslims from various countries so that we can discuss among ourselves how we should come together, be united, make full use our wealth and build a strong defence force that can make Muslims secure and safe from foreign oppressions.

Thank you.

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...