SOGOK
1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal.
2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak.
3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga.
4. Jangan terima duit rasuah. Jangan fikir diri selamat kerana tidak siapa tahu.
5. Di zaman Kecerdasan Buatan (AI) ini, pergerakan duit, tunai atau bentuk lain ada orang yang mampu mengesan siapa yang memberi dan siapa yang menerima.
6. Kerajaan akan bertukar.
7. Segala salah laku boleh dilapor kepada Kerajaan baru.
8. Akhirnya ke penjara juga.
9. Bukan sahaja Kerajaan yang mengikuti gerakan duit.
10. Pihak lain juga mengikuti.
11. Ini zaman data. Dan data adalah bukti. Demikian Artificial Intelligence dapat mengesan apa yang disambungi.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Disember 2023
No comments:
Post a Comment