𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠
1. Sebenarnya tidak ada dendam. Hanya secara kebetulan terkena pada orang tertentu yang juga musuh orang yang tidak dendam.
2. Semuanya terkena pada orang ini.
3. Konon orang ini maha kaya setelah curi duit Kerajaan berbilion-bilion.
4. Di saman untuk tunjuk bukti!
5. Tidak ada bukti selepas lebih setahun berlalu.
6. Konon ada kotak penuh dokumen bukti duit Kerajaan di samun oleh orang ini.
7. Konon! Tetapi masih konon. Tak ada dokumen untuk didedah.
8. Ah! Duit ada dalam bank Switzerland.
9. Dijemput pergi bersama untuk dedah duit berbilion yang telah di bank.
10. Tidak sanggup pergi. Bisu seribu bahasa. Eh, tentu anak yang bagi duit. Mereka kaya?
11. Anak mesti dedah perolehan dan perbelanjaan mereka selama 40 tahun.
12. Jika tidak dedah akan dipenjara 5 tahun, didenda iaitu tiba-tiba jadi penjenayah.
13. Sudah puluh bulan berlalu. Tak tahu apa sudah jadi? Salahkah? Tidak salahkah?
14. Tetapi belum lepas. Masih tergantung.
15. Kawan yang berniaga diluar negara membawa balik keuntungan.
16. Di arah melapor semua duit yang masuk keluar beberapa tahun. Kawan ini bantah. Dia sakit. Tidak dapat pergi court. Dituduh dia tidak siuman dan perlu diperiksa oleh doktor gila. Dia pun meninggal. Selesai.
17. Sekarang peluang untuk masuk orang ini dalam penjara.
18. Bagaimana? Konon dia pengkhianat negara. Dia dapat duitkah bila khianat negara? Tidak. Tidak satu sen pun. Tetapi khianat percuma.
19. Bukti menunjuk orang ini buat keputusan mengikut peraturan. Tidak, dia tidak ikut.
20. Tiga Menteri dakwa walaupun mereka ada bersama, orang ini tidak ikut.
21. Minit mesyuarat menunjuk lain dari yang diperaku oleh mereka. Itu minit. Mana boleh percaya. Yang membohonglah yang benar.
22. Sebelum RCI ditubuh kajian telah dibuat.
23. Kajian dipengerusi oleh orang yang mempunyai conflict of interest. Okaylah.
24. RCI ditubuh dipengerusi oleh bekas hakim yang juga mempunyai conflict. Dua lagi ahli RCI juga ada conflict.
25. RCI yang sepatutnya terbuka dijadikan siasatan tertutup.
26. Orang yang akhirnya jadi sasaran hanya menjadi saksi.
27. Tidak ada cross examination. Laporan 270 muka disedia. Tetapi 47 muka diblack-out.
28. Semua saksi yang menyata kesalahan orang ini sahaja yang tercatit.
29. Keputusan dibuat oleh RCI iaitu orang berkenaan sudah lakukan jenayah treason. Ia perlu disiasat sebagai penjenayah.
30. Jika didapati bersalah ia akan disumbat ke dalam penjara lima tahun, denda.
31. Tidak ada dendam.
32. Cuma secara kebetulan sahaja. Boleh jadi kepada orang lain. Tetapi apa boleh buat. Ia terjadi pada orang ini. Pencuri yang tidak curi. Pengkhianat yang tidak dapat satu sen pun. Pengkhianat percuma.
33. Amat adil orang seperti ini dipenjara sehingga mati.
34. Dia akan jumpa dengan kawannya yang sudah pergi dahulu.
35. Alhamdulillah – segala puji bagi Allah.
36. Inilah keadilan orang yang tidak dendam.
37. Bertuahlah Malaysia.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
17 Disember 2024
No comments:
Post a Comment