𝗧𝗨𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥
1. Tun Mohamed Zahir menjadi Speaker Dewan Rakyat selama 22 tahun,dari 1982 hingga 2004.
2. Pendapat Tun Zahir ialah Dewan Rakyat mempunyai terlalu ramai ahli. Kesannya ialah dewan terpaksa bersidang amat lama kerana ramai juga ahli mengambil bahagian dalam perbahasan.
3. Kata Tun Zahir, tidak usah tambahlah ahli dewan kerana dewan sudah penuh sesak dan sidang berpanjangan.
4. Sekarang kita dengar Kerajaan bercadang untuk tambah bilangan ahli dewan. Ramai orang ramai yang menolak cadangan ini. Mereka mengikuti perbahasan dan mereka mendapat dari 222 ahli cuma 10 orang sahaja yang mengambil bahagian dalam perbahasan secara berilmiah. Yang lain tidak bersuara atau berhujah dengan bernas.
5. Tambahan ahli tidak akan memperdengar perbahasan yang lebih baik. Negara tidak akan mendapat banyak manfaat.
6. Mendengar rintihan majoriti orang ramai, saya bersetuju dengan pendapat mereka supaya tidak perlu ada tambahan kawasan pilihanraya.
7. Dengan 222 ahli Dewan sudah memadai untuk masalah rakyat di dedah dalam dewan. Sebenarnya jika diambil kira ahli yang aktif, 100 orang sudah cukup.
8. Saya turut mendesak Kerajaan supaya tidak tambah kawasan
pilihanraya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
4 DISEMBER 2024
No comments:
Post a Comment