𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
1. Perjuangan politik hari ini bukan lagi untuk rakyat tetapi untuk menyelamatkan pemimpin tertentu daripada didakwa dan dipenjarakan.
2. Tumpuan apabila berkuasa ialah mendapatkan pengampunan dan menggugurkan kes, bukan membangunkan negara.
3. Maka politik dijadikan perisai, bukan alat perjuangan.
4. Pemulihan ekonomi, peluang kerja, kestabilan politik dan nasib rakyat tidak menjadi keutamaan.
5. Perjuangan bertukar menjadi agenda individu dan kelangsungan kerjaya.
6. Ada yang kembali kepada parti bukan kerana prinsip tetapi kerana peluang.
7. Orang Melayu berpecah kepada banyak parti.
8. Ada parti yang tidak lagi memperjuangkan orang Melayu secara terbuka kerana takut dilihat tidak inklusif. Tetapi tanpa memahami asas negara ini, pendekatan ini hanya melemahkan kestabilan.
9. Ada parti yang perjuangannya hanya untuk menaikkan seorang individu. Setelah individu itu berjaya, perjuangan itu menjadi kosong.
10. Ada juga parti yang sekadar mencari tempat kerana tidak mendapat tempat dalam parti asal. Ini menambah lagi perpecahan.
11. Ada parti yang bercakap tentang agama dan bangsa, tetapi dalam masa yang sama masih terperangkap dalam percaturan politik sempit.
12. Ada parti yang cuba membawa pendekatan berbilang kaum tanpa memahami bahawa kestabilan Malaysia bergantung kepada kekuatan politik majoriti.
13. Maka tiada satu parti cukup kuat untuk menang PRU.
14. Jika tidak menang, tidak mungkin membentuk kerajaan yang stabil.
15. Tetapi masih ramai berebut menjadi ketua parti dan calon Perdana Menteri.
16. Ramai mahu jadi Perdana Menteri. Tetapi tiada siapa mahu menang pilihan raya.
17. Jika tidak menang, kamu tidak akan jadi PM.
18. Maka apa guna berebut jawatan tanpa kemenangan.
19. Terlalu ramai calon menyebabkan undi berpecah dan semua kalah.
20. Kerana ini, ramai orang Melayu tidak keluar mengundi.
21. Mereka merasakan tiada gunanya mengundi.
22. Tukar parti pun orang yang sama.
23. Undi siapa pun hasilnya sama.
24. Inilah akibat apabila perjuangan asal ditinggalkan.
25. Jika keadaan ini berterusan, orang Melayu tidak akan kalah kerana orang lain kuat, tetapi kerana mereka sendiri berpecah.
26. Jika keadaan ini berterusan, orang Melayu akan kehilangan dominasi politik.
27. Apabila dominasi hilang, kuasa menentukan dasar juga hilang.
28. Apabila kuasa hilang, hak orang Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit hingga hilang negara.
29. Ini bukan andaian tetapi realiti politik.
30. Malaysia dibina atas sejarah dan majoriti rakyatnya adalah Melayu.
31. Menjaga kepentingan Melayu adalah asas kestabilan negara.
32. Hakikatnya, apabila orang Melayu dominan dan negara ditadbir oleh parti Melayu terbesar, negara stabil dan membangun.
33. Negara pernah menjadi Asian Tiger kerana kestabilan ini.
34. Yang susah menjadi senang, yang senang menjadi lebih baik.
35. Ini sudah terbukti.
36. Maka perlu ada satu penyatuan di bawah satu payung besar.
37. Payung besar ini bukan untuk parti atau pemimpin.
38. Payung besar ini untuk semua orang Melayu.
39. Jika dia Melayu, dia berada di bawah payung besar.
40. Tidak perlu jawatan, tidak perlu kedudukan.
41. Hanya penyatuan.
42. Penyatuan ini untuk mengembalikan maruah, nasib dan kuasa orang Melayu di tanah ini.
43. Dengan penyatuan, barulah negara akan stabil semula.
44. Tanpa penyatuan, semua akan terus lemah dan kalah.
45. Bukan untuk jawatan. Bukan untuk nama. Tetapi untuk masa depan agama, bangsa dan negara.
46. Inilah perjuangan sebenar kita.
NAZRIN RAMLAN
28 Mac 2026
.jpg)
Comments
Post a Comment