Labels

Skip to main content

seurat kenangan tun m

 27 Februari 2025


Semalam, saya melawat sahabat saya, bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo, di kediamannya di daerah Banjarsari, Solo, Indonesia.
Ini merupakan kali ketiga saya ke Solo. Kali pertama adalah ketika menghadiri majlis pengebumian bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Soeharto, dan saya kembali sekali lagi untuk menziarahi pusaranya.
Dalam pertemuan saya dengan Presiden Jokowi, perbincangan kami tertumpu kepada pembangunan Malaysia dan Indonesia. Saya juga kagum dengan keupayaan Indonesia dalam mengekalkan bekalan makanan yang stabil, meskipun jumlah penduduknya hampir 300 juta orang.
Saya harap kerjasama antara kedua-dua negara dapat diperkukuhkan, terutamanya dalam bidang perdagangan. Banyak produk dari Indonesia boleh diimport ke Malaysia, dan sebaliknya, daripada bergantung kepada bekalan dari negara lain.
Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Bapak Joko Widodo atas layanan mesra kepada saya serta delegasi saya.


Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama

Comments