HENTIKAN RAKSASA ITU
1. Israel kini sedang mendera rakyat Palestin di Gaza dengan kelaparan untuk membunuh mereka. Kebanyakan yang telah mati atau sedang nazak adalah kanak-kanak dan wanita.
2. Penderitaan mereka amat menyayat hati. Yang tinggal hanyalah kulit dan tulang. Lemak dan otot telah hilang. Bahkan tulang mereka menjadi nipis dan rapuh hingga tidak mampu menyokong tubuh badan.
3. Dunia menyaksikan semua ini. Tetapi dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana takut terhadap reaksi Amerika. Amerika nampaknya bersedia menghukum mana-mana negara yang cuba membantu rakyat Palestin yang sedang mati kelaparan. Amerika menyokong strategi Israel yang menggunakan kebuluran sebagai senjata untuk membunuh.
4. Satu-satunya negara yang boleh campur tangan ialah Amerika Syarikat. Tetapi jelas bahawa Amerika tidak akan berbuat demikian. Malah, campur tangan mereka adalah memihak kepada Israel.
5. Apakah jenis manusia orang Amerika ini? Mereka begitu banyak bercakap mengenai hak asasi manusia, mengenai kesucian nyawa. Tetapi mereka menyokong pembunuhan beramai-ramai dengan bom dan roket. Dan kini, pembunuhan beramai-ramai melalui kebuluran. Jelas sekali mereka, rakyat Amerika, adalah hipokrit. Mereka sebenarnya biadab dan langsung tidak mempunyai rasa belas kasihan.
6. Wanita juga menjadi sasaran mereka. Wanita hamil diserang, dicederakan dan dibunuh. Bayi-bayi mati sama ada semasa dalam kandungan atau sejurus selepas dilahirkan.
7. Israel mendakwa mereka sedang memerangi Hamas. Tetapi jelas bahawa mereka mahu membunuh semua rakyat Palestin di Gaza untuk merampas tanah itu. Mereka tidak akan berhenti sehingga semua rakyat Palestin dibunuh.
8. Dunia mesti menentang Amerika dan Israel. Kepungan ke atas Gaza mesti dipecahkan, walaupun ia memerlukan kekerasan. Dunia tidak boleh membiarkan kekejaman dan kebiadaban sebegini diteruskan tanpa kawalan.
9. Kita memerlukan Pasukan Pengaman untuk melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada tindakan tidak berperikemanusiaan oleh Israel dan Amerika. Raksasa ini mesti dihentikan.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
4 Ogos 2025
Comments
Post a Comment