Thursday, 28 November 2024

𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗧 𝗥𝗢𝗠

 

 


 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗧 𝗥𝗢𝗠

1.  Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu, Perdana Menteri Israel.

2.  Lebih daripada 120 negara telah menandatangani Statut Rom.

3.  Statut Rom ini, atau dikenali sebagai “Rome Statute of the International Criminal Court”, telah diterima pakai pada 17 Julai 1998 di Rom dan berkuat kuasa pada 1 Julai 2002. Ia merupakan perjanjian asas bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa, sebuah tribunal antarabangsa yang ditubuhkan untuk mendakwa individu atas jenayah seperti pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan jenayah pencerobohan.

4.  Statut ini menggariskan kewajipan negara pihak untuk bekerjasama dengan ICC, termasuk menangkap dan menyerahkan suspek serta menyediakan bukti.

5.  Amerika Syarikat, China, dan Rusia tidak mengesahkan Statut ini.

6.  Malaysia juga tidak mengesahkan Statut ini.

7.  Ini bermakna Netanyahu dan individu lain yang dinamakan oleh ICC boleh mendapatkan perlindungan di Malaysia. Kita tidak mempunyai kewajipan untuk menangkap mereka.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
27 November 2024

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...