Tuesday, 12 November 2024

𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗡𝗝𝗜𝗟

 


 

 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗡𝗝𝗜𝗟

1. Al kisah maka terdapatlah sebuah Negara yang ganjil.

2. Negara ini ganjil kerana amalannya terbalik.

3. Dianya terbalik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar.

4. Yang kanan dikatakan kiri.

5. Yang kiri jadi kanan. Undang-undang juga demikian.

6. Perlaksanaan undang-undang istimewa kerana yang salah dibebaskan dan yang bersih didakwa, disiasat untuk dihukum.

7. Maka bergelutlah rakyat melaku kesalahan untuk menyelamat diri mereka.

8. Mereka mencuri, menerima sogokan dan menipu.

9. Jumlah mereka begitu ramai dan tidak ada penjara untuk kurung mereka.

10.Tetapi tidak mengapa. Kerana yang salah tidak perlu dipenjara.

11.Yang bersih sahaja yang akan dimasuk ke dalam penjara. Mereka tidak ramai.

12.Maka bergelutlah Jabatan siasatan menyiasat orang yang tidak salah.

13.Masa dan dana dihabiskan.

14.Istimewa sungguhlah Negara bertuah ini dan pemimpinnya pun terpuji dan dipuji tiap hari dalam akhbar dan semua media termasuk media sosial.

15.Syabas Negara terbalik.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
11 November 2024

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...