Wednesday, 20 November 2024

𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯𝗔 π—œπ—žπ—§π—œπ—₯𝗔𝗙 π—œπ—¦π—₯π—”π—˜π—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—’π—žπ—’π—‘π—šπ—”π—‘ π—–π—”π——π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗗𝗨𝗔 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

 

 


𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯𝗔 π—œπ—žπ—§π—œπ—₯𝗔𝗙 π—œπ—¦π—₯π—”π—˜π—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—’π—žπ—’π—‘π—šπ—”π—‘ π—–π—”π——π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗗𝗨𝗔 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

1. Malaysia tidak pernah iktiraf Israel.

2. Israel memang negara haram.

3. Tetapi jikalau Israel iktiraf Palestin, Palestin akan iktiraf Israel.

4. Arafat bersetuju. Kita juga setuju.

5. Tetapi hingga sekarang, Israel tidak iktiraf Palestin.

6. Hanya iktiraf Palestine Authority (Penguasa Palestin)

7. Sepanjang masa kita iktiraf negara Palestin.

8. Kita terima Duta Palestin.

9. Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel.

10. Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa plebiscite (pungutan suara) dikalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

11. Tidak pernah saya β€œIa kan” adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
19 November 2024

No comments:

Post a Comment

boh lagi

    𝗕𝗒𝗛...π—Ÿπ—”π—šπ—œ 1.  Anwar masih cuba gambarkan anak saya adalah billionaire kerana kononnya memiliki aset berjumlah 1.2 billion.   2. ...