Friday, 3 September 2021

Pertemuan

 

Selepas 20 Tahun, Tun Siti Hasmah Dedah Detik Pertemuan Sulit Dengan Saddam Hussein

Dimana adanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, di situlah kelibat Tun Siti Hasmah setia menemani. Tidak kira di majlis-majlis rasmi atau kasual, Tun Siti akan mengiringi Perdana Menteri untuk memberi sokongan dan tulang belakang paling utama bagi pemimpin kesayangan ramai itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Tun Siti pernah berjumpa secara sulit dengan bekas presiden Iraq, Saddam Hussein, lebih 20 tahun lalu.
Diarahkan untuk lihat keadaan semasa Iraq
Pertemuan yang berlaku pada tahun 2000 itu berlaku ketika Tun yang ketika itu Perdana Menteri keempat, ke Iraq untuk menghantar bantuan kemanusiaan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq kerana menjajah Kuwait pada 1990.
Tun Siti yang ke sana bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan barisan doktor diarahkan oleh suaminya bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Iraq.
Dia cakap minta saya jangan maklumkan untuk jumpa Saddam tapi kalau Saddam nak jumpa, saya boleh jumpa dia.
Dibawa keliling bandar sebelum ke istana Saddam
Selepas beberapa hari, duta Iraq ke Malaysia mengatakan Saddam mahu bertemunya dan dia tidak boleh memaklumkan kepada sesiapa.
Saya tak beritahu sesiapa, walaupun ketua pasukan keselamatan di sana. Saya berbincang dengan team dan bila saya ternampak seorang lelaki Iraq tegap melirik dan mengangguk pada saya, saya tahu itu adalah isyarat untuk mengikutnya.
Dr Raj Karim asyik tanya ke mana saya mahu pergi, tapi saya tak bagitahu sebab saya pun tak tahu ke mana akan dibawa. Saya dalam kereta dengan pemandu dan lelaki tegap itu dibawa keliling bandar. Kami kemudian berhenti untuk menjemput timbalan perdana menteri ketika itu, Tariq Aziz.
Sekali lagi kami dibawa sekeliling dan akhirnya dibawa ke istana.
Saddam luah penghargaan pada Malaysia, Tun
Tun Siti menceritakan bagaimana pertemuan rahsia itu berlangsung di mana Saddam meluahkan penghargaannya kepada Malaysia dan Tun kerana tidak lagi mengenakan sekatan ekonomi.
Saya masuk ke dalam bilik dan pandang Saddam. Dia bangun dan melangkah ke arah saya, berjabat tangan dan berterima kasih ke atas kerajaan Malaysia dan Dr Mahathir kerana menghentikan sekatan ekonomi.
Kami berborak selama setengah jam sebelum saya tinggalkan bangunan itu. Ketika meninggalkan bilik saya terlihat figurine helang gergasi. Saddam maklumkan ianya dibuat dari sarung peluru, kepala helang itu pula berpaling menghadap Iran.
Setelah sampai ke tempat selamat, Tun Siti menerima panggilan daripada ketua pasukan keselamatan Malaysia.
Dia kata dia boleh dibuang kerja kalau apa-apa terjadi kepada saya. Tapi tak ada apa yang berlaku. Dia cakap saya patut maklumkan padanya tentang pertemuan dengan Saddam dan dia akan merahsiakannya.
Malah Tun pun tidak tahu sampailah selepas saya berjumpa Saddam. Saya hubunginya dengan telefon satelit dan sampaikan pesanan Saddam, tapi apa yang dia nak tahu adalah bila saya nak balik.
Untuk rekod, Saddam Hussein dihukum gantung sampai mati pada 30 Disember 2006. Dia didapati bersalah atas tuduhan jenayah kemanusiaan kerana membunuh 148 orang rakyat Iraq di Dujail pada 1982 yang cuba membunuhnya.
Sumber: New Straits Times
May be an image of 2 people and people standing

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...