Sunday, 19 September 2021

langkawi

 

#PulangKeLangkawi untuk lihat perkembangan semasa setelah Langkawi dibuka untuk gelembung pelancongan bermula 16 September. Saya diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, En Nasaruddin bin Abdul Muttalib pagi semalam.
Sejak pulau dibuka semula, sebanyak 14 kali penerbangan masuk dan 3 kali perjalanan feri dijadual ke sini. Ini akan menggerak semula ekonomi penduduk setelah berbulan pulau ini ditutup.
Secara umumnya saya berpuas hati dengan perkembangan ini tetapi perlu ada kesedaran dalam pematuhan SOP terutama ketika menaiki pesawat dan feri. Saya cadang supaya jumlah penumpang dikurang untuk adakan jarak fizikal. Jika tidak penumpang akan duduk berdekat dan jangkitan mudah berlaku sungguhpun adanya ujian saringan sebelum masuk. Jarak 1 meter ini perlu dipastikan bukan sahaja dalam pesawat atau feri, ini termasuklah semasa berbaris di terminal. Sebaiknya SOP ialah 1 meter tiap seorang. Kita perlu ikut saranan itu. Pengurangan penumpang dalam pesawat atau feri boleh ditampung dengan penambahan kekerapan perjalanan masuk/keluar ke sini.
Penduduk dan pelancong perlu saling bertanggungjawab patuh SOP kerana jika program gelembung pelancongan ini gagal, sudah pasti ia beri kesan negatif kepada industri pelancongan Langkawi.
Semestinya saya gembira lihat pulau ini kembali ceria, namun semua yang datang dan tinggal di sini perlulah patuh SOP pencegahan COVID19.
Dalam taklimat bersama LADA, saya dimaklum sudah ada negara luar seperti Singapura, Rusia dan Poland memohon masuk melalui charter flight. Sebelum kita terima, kita perlu pastikan kejayaan pelancongan domestik terlebih dahulu. Kesiapsiagaan sistem kesihatan amat penting dalam menghadapi penularan luar jangka.
Saya ingin ucap terima kasih dan selamat datang kepada semua pelawat yang memilih Langkawi sebagai tempat bercuti.
 
 
 
 


 

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...