Labels

Skip to main content

lima

 

 




𝗟𝗜𝗠𝗔

1. Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat terhadap cadangan untuk memberhenti LIMA di Langkawi.

2. Ianya bukan semata-mata berkait perasaan saya tetapi yang lebih penting ialah apakah LIMA bukan satu “brand” yang masih laku.

3. Maknanya, kita sudah berusaha berpuluh tahun untuk menaikkan brand atau jenama LIMA diperingkat antarabangsa dan pada asasnya ia diterima.

4. Buktinya ialah kehadiran syarikat-syarikat pertahanan antarabangsa.

5. Jika kita dapati ada kekurangan dalam LIMA, maka kita perbaiki.

6. Jika ada keperluan besar untuk ada pameran lain yang berkaitan tetapi tidak mampu ditampung oleh LIMA adakan pameran lain yang lebih targeted.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
3 September 2026

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments