Kenyataan Media
Penerimaan Maklum Balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Perikatan Nasional telah menerima maklum balas rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) melalui surat yang ditujukan kepada saya selaku Setiausaha Agung Perikatan Nasional, bertarikh 19 Jun 2026 berhubung urusan pentadbiran dan pengurusan parti, yang menggariskan butiran berikut:
a) Mengesahkan penerimaan Minit Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bertarikh 22 Februari 2026 dan mengambil maklum mengenai kelulusan Majlis Tertinggi terhadap peletakan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional dan pelantikan Pengerusi Baharu Perikatan Nasional.
b) Mengesahkan penerimaan salinan Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi (Bil. 1 2026) bertarikh 14 Mac 2026 dan senarai kepimpinan serta pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional baharu, untuk direkodkan oleh pihak ROS.
2. Sehubungan itu, Perikatan Nasional kekal komited dalam memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta 832.
3. Justeru, adalah dipertegaskan bahawa sebarang aktiviti mahupun mesyuarat yang
menggunakan nama Perikatan Nasional tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan
keizinan Pengerusi Perikatan Nasional, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan
Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Bertarikh: 19 Jun 2026

Comments
Post a Comment