Labels

Skip to main content

Isu Rohingya bukan isu baharu

 Isu Rohingya bukan isu baharu.


  



Kehadiran etnik Rohingya di rantau ini sudah lama berlaku, namun gelombang besar kemasukan mereka ke beberapa negara termasuk Malaysia menjadi lebih jelas sekitar tahun 2015.

Terengganu juga sejak waktu itu menyambut mereka dengan hati terbuka termasuk dengan mengadakan kutipan dan program besar untuk mereka.

Atas dasar satu akidah dan kemanusiaan.

Ketika itu, ribuan Rohingya dilaporkan bergerak melalui laut selepas melarikan diri daripada konflik, penindasan dan keadaan tidak selamat di Myanmar.

Setakat anggaran semasa, lebih 1.3 juta Rohingya kini menjadi pelarian dan orang terlantar di rantau ini.

Jumlah terbesar berada di Bangladesh, khususnya di kawasan kem pelarian Cox’s Bazar, dengan anggaran sekitar 1.2 juta orang.

Di Malaysia pula, seramai 126,144 Rohingya direkodkan berdaftar dengan UNHCR Malaysia setakat Februari 2026.

Namun angka ini merujuk kepada mereka yang berdaftar dengan UNHCR, bukan semestinya jumlah keseluruhan sebenar yang berada dalam negara.

Yang tidak berdaftar sudah pasti lebih ramai dan sudah berkembang.

Sekarang situasinya sangat berbeza. Kita menantikan kebijaksanaan agensi berkuasa Persekutuan

 

teganukita 

 

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments