Labels

Skip to main content

𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗜𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜

 

 


𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗜𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜

1. Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih. 
 
2. Walaupun saya dijatuh hukum bersalah tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.

3. Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

4. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri Anwar.

5. Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwaraya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim.

6. Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.

7. Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.

8. Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 
23 Julai 2025

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama

Comments