Labels

Skip to main content

𝗧𝗛𝗘 𝗥𝗨𝗟𝗘 𝗢𝗙 𝗟𝗔𝗪

 

 


 𝗧𝗛𝗘 𝗥𝗨𝗟𝗘 𝗢𝗙 𝗟𝗔𝗪

1.Kita sedang lihat pencabulan undang-undang oleh Israel. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menghukum Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai (genocide) yang diharamkan undang-undang antarabangsa. Netanyahu, Perdana Menteri Israel didapati bersalah dan dihukum.

2.President Filipina juga dituduh melakukan jenayah pembunuhan diluar undang-undang, (extra judicial execution) dan sudah dimasuk dalam tahanan sebelum dibicara.
3.Presiden Korea Selatan akan dihadap ke Mahkamah kerana mengisytihar undang-undang tentera.

4.Semua tindakan ini berasas kepada undang-undang (the Rule of Law). Di waktu Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia pilih sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ini di maktub dalam undang-undang tubuh Negara atau Perlembagaan.

5.Undang-undang tubuh menjadi asas kepada undang-undang dan segala tindakan dan dasar yang diambil oleh negara. Sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang tubuh ini dianggap salah dan tidak boleh dilaksana. Jika dilaku juga perkara itu akan dirujuk kepada mahkamah. Jika mahkamah mendapati undang-undang atau dasar atau tindakan itu bercanggah dengan perlembagaan ia boleh dibatalkan.

6.Malaysia mengamal the Rule of Law (Pemerintahan mengikut undang-undang). Sebab itu undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak – individu, institusi dan Kerajaan.

7.Pelaksanaan undang-undang dikehendaki mengikut cara yang ditentukan (due process). Jika tidak maka keputusan akan dianggap tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

8.Sesungguhnya undang-undanglah yang menstabil dan menyelamatkan Masyarakat dan negara.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
3 Mei 2025

Blog ini didedikasikan kepada Tun M bermula julai 2024 sebagai fokus utama. Memberi ruang untuk memuatkan sesuatu tentang pemikiran, sikap, tindakan, tulisan, pandangan dari seorang yang cukup berharga untuk negara ini. Semoga memberi sesuatu kepada pembaca.

Comments