Thursday, 10 October 2024

perang yang dilupakan

 


 

π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—š π—¬π—”π—‘π—š π——π—œπ—Ÿπ—¨π—£π—”π—žπ—”π—‘

1. Seorang yang bernama Encik Mark Curtis menulis sebuah artikel mengenai “perang yang dilupakan” di Malaya.  (link artikel)

2. Beliau percaya bahawa ia merupakan satu pemberontakan oleh orang-orang yang disalah ertikan sebagai Komunis untuk membebaskan Malaya daripada pemerintahan British.

3. Dan beliau sememangnya betul. Britain sentiasa menyokong penghijrahan. Pada zaman kolonial, Britain membawa orang India dan Cina ke Malaya. Britain terkejut apabila orang-orang ini bangkit menentang Raj.

4. Tetapi kini, orang-orang sedang berhijrah ke Britain. Setakat ini, kebanyakannya terdiri daripada orang Arab, India dan Afrika.

5. Britain seharusnya menggalakkan orang Cina untuk datang ke Britain. Orang Cina mempunyai rekod cemerlang dalam memajukan negara yang mereka hijrahkan. Lihatlah Singapura. Sebuah pulau kecil tetapi satu-satunya negara Asia Tenggara yang maju.

6. Malaysia juga. Sudah tentu, China kini merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia.

7. Jika 30% daripada populasi Britain adalah orang Cina, Britain akan menjadi makmur.

8-Sudah tentu mereka mungkin melancarkan pemberontakan.

9 .Tidak perlu risau. Anda berjaya menyelamatkan ladang getah anda di Malaya seperti yang disebut oleh Mark.

10. Anda boleh melakukan perkara yang sama untuk Britain.

11. Terima kasih Encik Mark Curtis. Anda betul. Saya telah terlupa tentang perang di Malaya. Tetapi kini saya ingat semula.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
8 Oktober 2024

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...