Thursday, 20 July 2023

ugutan

 UGUTAN   1. Saya dapati ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan. 2. Mereka tidak senang dengan prestasi Kerajaan sekarang. Banyaklah sebab-sebab yang mereka berpendapat Kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.

 3. Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama dengan mereka. 4. Sebabnya kerana mereka takut jika mereka dikenal pasti oleh Kerajaan tindakan akan diambil terhadap mereka.

 5. Ada yang takut jawatan mereka ditukar kepada jawatan lebih rendah, atau dilucut terus. 6. Ada yang takut kontrak mereka ditarik balik atau diganggu.

 7. Ada yang takut orang tertentu akan lapor kepada polis dan polis akan adakan siasatan. Polis akan soal mereka, akan saman mereka untuk disoal. 8. Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka.

  9. Ada yang takut mereka dimasuk ke dalam tahanan polis. 10. Tidak ada caj tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja tekanan jiwa amat teruk.

 11. Sekarang Perdana Menteri ugut untuk dedah kertas siasatan oleh polis berkenaan Menteri-Menteri UMNO yang lama. 12. Ini adalah satu salah guna kuasa.

 13. Kalau hendak dedah, dedah semualah. Dedah berkenaan Menteri sekarang pun. Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun saya tidak lihat. Polis bagi tahu saya semasa saya Perdana Menteri. 14. Undang-undang dibuat untuk semua orang, bukan untuk parti lawan sahaja. 15. Apakah ugutan dan tindakan seperti ini diizin oleh demokrasi.

 16. Siasatan oleh polis dan MACC perlu dilakukan. Tetapi dianya bukan untuk ugutan politik. Jika benar ada jenayah tindakan undang-undang hendaklah diambil. Amatlah tidak bertanggungjawab jika diguna untuk politik parti. 17. Apakah itu sebahagian dari Reformasi? DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 20 Julai 2023 

 


 

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...