Thursday, 20 April 2023

duit

 Image

DUIT

1. Dulu duit mudah diguna. 2. Diperbuat dari logam emas, perak dan gangsa, dengan nilai yang jelas mudah diguna. 3. Lepas itu duit diperbuat dari kertas. 4. Ini juga mudah diguna. 5. Nilai duit kertas tertulis dan diterima.
 
 6. Lepas itu ada cek – ditulis dengan tangan nilainya dan diterima. 7. Bank pun terima cek dari pemilik serta nilai cek dimasuk buku.
 9. Yang penting ialah catitan dalam cek dan buku bank. 10. Sekarang tak perlu cek. 11. Tekan butang telefon bimbit, duit masuk bank. 12. Nak bayar bil tekan butang lagi. 13. Duit bergerak dari akaun pembeli ke akaun penjual.
 14. Tidak ada duit, tidak ada cek. 15. Tetapi ada catitan dalam akaun bank. 16. Dan akaun ini diterima oleh pembeli, penjual dan bank. 17. Dari segi undang-undang semuanya halal, boleh diterima oleh mahkamah.
 18. Yang tidak boleh diterima ialah cakap mulut. 19. Jadi kalau dituduh duit berbillion sudah diseleweng tanpa catitan, tidak laku. 20. Itulah duit sekarang, - tidak ada logam, kertas, cek atau catitan elektronik – tidak ada – tidak laku. DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 20 April 2023

 

No comments:

Post a Comment

𝗠𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗜 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚

     𝗠𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗜 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 1-Saya gembira Ketua Polis Negara (KPN) telah memberi amaran kepada polis yang menjaga VVIP ...