Monday, 27 March 2023

umno

 No photo description available.

KENYATAAN UMNO

Di antara ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO ialah
2. UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Perlembagaan UMNO menyebut
3.3 ………. membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar.
Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis. Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.
Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO.
Atau apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya.
Wahai ahli UMNO,
Sedarlah.
UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi.
Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
24 Mac 2023

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...