UMNO telah mengeluarkan bahasa perangnya. Seperti harimau ingin menerkam membaham musuhnya. Masanya sekarang, laung pemimpin tertingginya. Maka bertepuklah kuncu-uncu konon pisau dan belati telah sedia terhunus untuk bertempur dan merampas.
Jerit pekik yang sama sebelum PRU14 dan hasilnya UMNO kehabisan kain untuk dipakai. Sampai hari ini malu itu masih belum berakhir tetapi UMNO tetap UMNO masih bergantung kepada malu yang sama. Bekas Presiden yang menumbangkan UMNO masih dibawa ke hulu ke hilir. Tidak sepatahpun kata mahkamah keluar dari mulut perwakilan PAU 2021 mungkin menjaga hati bekas Presiden dan Presiden serta ramai lagi. Puja puji masih diberi dengan panggilan Bossku yang sebenarnya bukan diterima seluruh perwakilan. Ada yang sudah muak mendengar. Kali ini masuk perang baru harga ketewasan masih dijaja.
Menang PRK Melaka dan Johor membuatkan darah panas UMNO membuak-buak. Dicanang seluruh negeri konon UMNO dah pulih dari lembik dan layu. Sudah kuat dan tanda kuat adalah UMNO mula kencing sana-sini. MB Johor adalah sandiwara utama. Seruan bersatu dan berpadu dengan sorak-sorai yang sangat kuat konon sudah insaf. Tetapi mulut yang menyelar Menteri-Menteri UMNO bukan dari PN tertapi dari kubu UMNO sendiri. Tidak percaya dengan sudara sendiri memerintah negara. Sesah dan bantai bukan kerana nak mengajar tetapi nak menunjuk kuat dan kuasa. Kan UMNO dah menang besar. Surat layang menyelar Perdana Menteri bukan dari lawan tapi dari ketumbukan sendiri. Gesel dan tolak biar PM duduk di luar karper merah bukan dibuat oleh anak buah tetapi oleh top 5 yang dinamakan. Ada satu dua bukan top 5 yang merasa dia masih ada kuasa dalam UMNO.
Segala lenggang lenggok menunjukkan bahawa UMNO belum sedia tetapi mahu tunjuk lagak begitu dan begini. Malah turut mencabar parti lain seperti PAS Pejuang dan BERSATU, wah bukan main kuat UMNO sekarang. Terlupakah UMNO bahawa BN hanya ada 42 Ahli Parlimen sekarang berbanding 74 dari Perikatan Nasional. Tapi semua akan menang dan dapat dua pertiga itulah dongengnya sekarang. Maaflah PAU2021 tidak meminta pandangan dan sudut fikir perwakilan tetapi hanya mahu memastikan agenda ketua jadi nyata. Masih sama UMNO dalam belukar realiti : egois dan konon terkuat.
Mari kita menuju ke depan tengok geraham siapa yang bertaburan
No comments:
Post a Comment