Saturday, 26 February 2022

perjuangan lawan rasuah

 

Masa dah terhad, Dr M ajak Melayu sertai perjuangan lawan rasuah

Diterbitkan:  Feb 25, 2022

9


Dr Mahathir Mohamad berkata dia sedar masa yang ada padanya semakin suntuk walaupun ketika ini kesihatannya hampir pulih seperti sedia kala.

Dalam keadaan yang semakin terhad itu, dia berkata, masa tersebut tidak akan membiarkan ia berlalu tanpa sebarang faedah.

"Bagi saya dalam jangka masa yang masih ada pada saya, ia tidak menjadi pembaziran jika saya berusaha sungguh-sungguh untuk membanteras rasuah dalam kalangan bangsa saya.

"Saya jemput semua orang Melayu menyertai perjuangan ini," katanya dalam hantaran terbaru di blognya hari ini.

Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) beberapa kali kerana masalah kesihatan dengan yang terbaru pada awal Jan lalu.

Dia kemudian menjalani prosedur elektif dan ia berlangsung seperti yang dirancang.

Pada 9 Feb ahli parlimen Langkawi itu memberitahu dia dibenarkan keluar dari IJN dan mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dan berharap untuk pulih sepenuhnya.

Digunakan orang tertentu

Kata Mahathir, 97, ada ketikanya dia tidak berharap untuk pulih daripada masalah kesihatan yang dialami.

Menurut Mahathir semasa mengalami perasaan putus harapan, dia percaya masa untuknya sudah tiba, namun tetap bersyukur apabila hari ini dia kembali sihat.

Dalam keadaan sebegitu, katanya, dia tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukannya, sama ada hidup dengan makan minum dan berseronok saja.

Pada masa sama, menurut Mahathir, dia sedar secara umumnya orang Melayu masih miskin dan ketinggalan berbanding bangsa lain walaupun Malaysia sudah diiktiraf sebagai negara middle income.

Sebagai orang tua dan ada pengalaman, tambahnya, dia diberitahu oleh kawan-kawan bahawa sedikit sebanyak pengaruhnya masih ada.

"Saya mungkin salah tetapi saya berpendapat bangsa saya memandang ringan isu rasuah.

“Inilah sifat yang diguna oleh orang tertentu untuk menyelewengkan bangsa Melayu daripada menolak sesuatu yang salah.

"Tidaklah boleh dinafikan kegagalan orang Melayu disebabkan mereka mudah pilih yang tidak baik kerana ia mudah. Yang mudah dan dekat lebih menarik apabila membuat pilihan. Mereka tidak berfikir panjang," katanya.

 malaysiakini

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...