Tuesday, 24 August 2021

Memahami Tun Dr Mahathir

 

MEMAHAMI TINDAKAN YAB TUN DR MAHATHIR

Ramai yang masih tidak faham akan tindakan Tun Mahathir menentang kerjasama parti Bersatu bersama UMNO..
Ramai yg mengecam dan menghina Tun atas alasan beliau menghalang penyatuan kerjasama politik bangsa Melayu..
Tak kurang juga yg melempar tuduhan bahawa Tun sudah menjadi kuda tunggangan DAP dan memuja parti itu..
Saya pernah menyatakan sebelum ini, jika kita ingin memahami tindakan Tun menentang kerjasama Bersatu dengan UMNO ini, kita mesti melihatnya dari sudut seorang negarawan yang sayangkan negaranya..
Kalau kita hanya melihat dari sudut politik semata-mata, kita pasti tidak akan dapat menjumpai sebarang jawapan. Ramai yang tidak faham akan perkara ini lantas ada yang sanggup menghina dan melempar berbagai tuduhan liar terhadap seorang negarawan terulung negara..
Tindakan mereka ini sungguh menyedihkan..!
Ramai yang lupa bahawa Tun yang dilahirkan dalam tahun 1925 itu adalah saki baki kecil saksi Perang Dunia Ke-2 yang masih hidup di negara ini..
Beliau mengharungi sendiri pengalaman hidup dijajah dan melihat sendiri bagaimana bangsanya dihina, disepak dan diterajang oleh bangsa lain..
Jadi, janganlah salahkan Tun jika semangat beliau memartabatkan maruah bangsa dan negara itu sentiasa berada pada tahap yang luar biasa..
Zaman penjajahan, zaman perang dunia, zaman darurat komunis, zaman menentang Malayan Union, zaman menuntut kemerdekaan.. Semua zaman itu, Tun pernah alaminya sendiri..
Jadi, siapalah kita nak mempertikaikan semangat perjuangan Tun..?
Kalau kita baca sejarah hidupnya pun kita boleh tahu bahawa, di zaman remajanya lagi, Tun sudah buat kerja tampal poster anti penjajah, menulis didada-dada akhbar meniup dan membakar semangat orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan, menulis buku mengenai keusahawanan dan bermacam-macam lagi untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu..
Saya juga senaraikan di sini beberapa tindakan berani yang telah dibuat oleh Tun demi agama, bangsa dan negara bagi mengingatkan para pembaca siapa itu Tun..
Ketika mula-mula menjadi ahli parlimen, beliau lantang bersuara dan memperjuangkan hak orang Melayu hingga dilabel sebagai seorang “ultra” Melayu..
Beliau tidak gentar mengkritik pemimpin hingga ke satu tahap, beliau sendiri dipecat keluar dari parti UMNO..
Begitulah semangat dan keberanian Tun apabila memperjuangkan perkara yang melibatkan maruah dan kepentingan bangsa dan negara..
Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, antara perkara terawal yang dilakukan oleh Tun ialah mengarahkan penempatan tentera di Terumbu Layang Layang, Sabah bagi mempertahankan kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia daripada dicerobohi oleh negara jiran.. Ini berikutan berlakunya ancaman dan perebutan wilayah di Gugusan Semarang Peninjau atau lebih dikenali sebagai Kepulauan Spratly..
Bagi menguatkan lagi tuntutan dan meluaskan liputan kawasan (ZEE) Malaysia ini, Tun bertindak tegas dan berani dengan menambak laut dan seterusnya menaiktaraf Terumbu Layang Layang menjadi sebuah pulau buatan manusia..
Pulau Layang Layang seterusnya dibangunkan sebagai pangkalan ketenteraan dan pusat peranginan bertaraf dunia.. Tindakan ini sekaligus menguatkan lagi tuntutan hak Malaysia keatas kawasan-kawasan dipersekitaran pulau berkenaan yang diketahui kaya dengan sumber petroleum..
Hasil dari tindakan berani Tun ini, negara dapat menjamin kedaulatannya dan mendapat limpahan nikmat dan faedah dari segi ekonomi hingga ke hari ini..
Dua bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Tun telah mengerakkan satu corporate manoeuvre yang begitu licik yg hingga ke hari ini begitu terkenal dengan gelaran “Dawn Raid” iaitu mengambil alih syarikat perladangan terkemuka dunia Guthrie secara mengejut melalui London Stock Exchange..
Peristiwa klasik lagi epik yang mengemparkan dunia korporat ini membolehkan Malaysia menguasai semula lebih 100,000 hektar tanah perladangan dalam dan luar negara yang sebelum ini dieksploitasi sewenang-wenangnya oleh pihak British..
Apabila kerajaan British cuba bertindak balas dengan menghapuskan subsidi dan menaikkan yuran pendidikan sebanyak 3 kali ganda keatas lebih 17,000 pelajar negara yang menuntut di sana, Tun membalas dengan memperkenalkan polisi “Buy British Last”..
Tun juga bertindak untuk memboikot dari menghadiri Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) 1981 di Melbourne dan 1983 di New Delhi tanda protes terhadap tindakan kerajaan British itu..
Tak cukup dengan itu, Tun menuntut semula Carcosa Hill yang diberi secara percuma oleh Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British selepas merdeka..
Hasil dari tindakan-tindakan berani dan tegas Tun ini, kerajaan British pimpinan Margaret Thatcher terpaksa tunduk dengan menyediakan dana khas bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia berjumlah £160 juta serta mengembalikan Carcosa Hill kepada Malaysia dalam tahun 1984..
Semasa krisis matawang Asia 1997, Tun bertegas untuk mengatasi krisis tersebut menggunakan kaedah sendiri tanpa menerima bantuan dan bailout daripada International Monetary Fund (IMF).. Ini kerana pakej bantuan dari IMF itu juga menuntut setiap negara mengamalkan konsep pasaran bebas dimana ekonomi setiap negara hendaklah dibuka kepada orang luar tanpa sebarang syarat.. Tidak ada sekatan lagi terhadap apa-apa langkah pemilikan aset-aset strategik negara oleh orang asing..
Menyedari akan risiko dan ancaman ekonomi yang bakal dihadapi terutama kepada orang Melayu jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak IMF ini, Tun membuat keputusan yang amat berani dan tegas dengan bertindak melawan arus..
Apa yang saya maksudkan dengan “bertindak melawan arus” ini ialah Tun mengambil langkah yang bertentangan sama sekali dengan apa yang dicadangkan oleh pemikir-pemikir ekonomi dari Barat..
Langkah menurunkan kadar faedah, menetapkan kadar matawang dan capital control hampir menyebabkan Malaysia menjadi ‘paria’ dunia..
Satu dunia terutama negara-negara Barat mengecam tindakan Malaysia ini..
Negara-negara sahabat seperti Jepun dan Korea turut menjarakkan diri mereka dari Malaysia. Namun demi kepentingan negara, Tun tetap tegas dengan keputusannya..
Dan sejarah telah membuktikan bahawa tindakan Tun itu adalah tepat dan sangat bijaksana.. Hinggakan beberapa tahun selepas krisis itu berlalu, pihak IMF dan kepala syarikat dana lindung nilai, George Soros itu sendiri mengakui kesilapan mereka dan memuji langkah-langkah yang telah diambil oleh Tun dalam menghadapi krisis matawang itu..
Apabila pentadbiran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dilihat terlalu berbaik-baik dengan Singapura dan timbul beberapa isu seperti pembatalan projek “Jambatan Bengkok” dan terdapat aktiviti jualan pasir secara besar-besaran ke negara republik itu, Tun keluar dari persaraan dan bangkit mengkritik Pak Lah secara terbuka..
Tun rasa terhina dengan alasan bahawa kita terpaksa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Singapura untuk menjalankan apa-apa aktiviti pembinaan di dalam negara kita sendiri.(merujuk kepada projek Jambatan Bengkok)..
Alasan ini seolah-olah menggambarkan bahawa Malaysia sudah hilang maruah diri, hilang kedaulatan dan menjadi pak turut pada negara lain..!
Apabila skandal 1MDB meletup dan menjadi tumpuan dunia, nama dan maruah Malaysia tercalar dengan amat teruk sekali..
Masyarakat dunia memandang hina terhadap Malaysia dan para pemimpinnya..
Ada yang menjadikan pemimpin negara sebagai bahan lawak dan halwa gelihati apabila alasan bodoh seperti derma Raja Arab 2 billion digunapakai oleh Najib bagi mempertahankan diri..
Alasan-alasan bodoh ini hanya menguatkan tangapan masyarakat dunia bahawa Najib sedang menipu dan memang bersalah dalam skandal 1MDB tersebut..
Hanya penyokong-penyokong totok Najib yang berada dalam negara sahaja yang masih sanggup terima penipuan ini walaupun dikalangan masyarakat dunia hanya mentertawakannya sebab alasan yang diberikannya itu terlalu bodoh dan tidak disokong dengan sebarang bukti jelas..
Bill Gates, antara orang terkaya di dunia dan mempunyai berjuta-juta followers di media sosial sendiri telah memilih buku “Billion Dollar Whale” yg menceritakan salah laku pemimpin negara dalam skandal 1MDB ini sebagai buku bacaan pilihan beliau..
Beliau menggelarkannya sebagai “It’s a sad story of corruption and international finance”.. Cerita sedih mengenai rasuah dan kewangan antarabangsa..
Bayangkan betapa meluasnya tahap kehinaan yang ditanggung oleh Malaysia pada ketika itu apabila personaliti-personaliti hebat bertaraf dunia juga melahirkan rasa jelak dan meluat mereka terhadap kegiatan-kegiatan rasuah dan pecah amanah yg dilakukan dikalangan pemimpin-pemimpin negara..
Pada mulanya, Tun beberapa kali menegur secara lembut meminta Najib meletak jawatan secara terhormat bagi menyelamatkan maruah negara..
Nasihat Tun ini ditempelak oleh Najib dengan begitu biadap sekali..!
Siapa pun tak akan lupa makian “Kepala Bapak Kau” yg dituju Najib kepada Tun..
Kemudian disambut pula dengan tindakan-tindakan kurang ajar pemimpin-pemimpin UMNO yang silih berganti menghina Tun atas dasar ingin terus menyokong dan menghalalkan aktiviti rompakan Najib ini..
Kedegilan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih setia menyokong Najib ini akhirnya tidak memberi pilihan lain lagi kepada Tun selain dari bekerjasama dengan parti DAP dan Anwar Ibrahim..
Kita harus sedar, Tun perlu menjatuhkan pentadbiran Najib ini bagi menyelamatkan maruah negara dari dilabel sebagai sebuah negara kleptokrat yang tebal aktiviti rasuah dan pecah amanah dikalangan pemimpin-pemimpinnya..
Tun juga ingin menyelamatkan negara dari menanggung hutang yang amat besar yang terpaksa ditanggung bukan saja oleh kita tetapi turut menimpa anak cucu kita akibat dari bencana dan malapetaka 1MDB ini..
Semua tindakan-tindakan Tun yang saya nyatakan ini amat jelas menunjukkan bahawa apabila maruah dan kepentingan negara terancam, Tun akan pasti bangkit dan berani ke barisan hadapan untuk mempertahan dan memperjuangkannya..!
Tiada keraguan dan tiada kemusykilan lagi. Inilah watak seorang negarawan yang begitu sayang dan cinta akan negaranya..
Pembaca yg dihormati sekalian.. Nama Tun Dr Mahathir dan Malaysia ini sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan lagi.. Ibarat Mahatma Gandhi di India dan Nelson Mandela di Afrika Selatan..
Nama Mahathir ini gah di seluruh pelusuk dunia dan ia secara tidak langsung turut mengangkat nama Malaysia itu sendiri..
Tun ialah seorang pemimpin kelas dunia, menjadi sumber inspirasi dan ikutan kebanyakan pemerhati..
Menjadi tumpuan dan topik kajian masyarakat intelek dan sering dijemput berkongsi pengalaman dan idea-idea di forum-forum antarabangsa..
Pendapat dan pandangan beliau terhadap sesuatu isu itu sering ditunggu tunggu..
Ucapan-ucapan beliau di persidangan dan forum bertaraf dunia sering dinanti-nanti..
Kita masih ingat lagi bagaimana wakil dari negara-negara serata dunia berbaris panjang untuk bersalaman dengan Tun selepas beliau habis berucap di Persidangan PBB tahun lalu..
Kita masih ingat bagaimana pekerja-pekerja hotel di Jepun berbaris hormat sambil memberi tepukan kepada Tun ketika beliau mahu menaiki kenderaan yg membawanya ke lapangan terbang untuk pulang ke negara..
Kita masih ingat bagaimana Presiden Indonesia, Joko Widodo mengetepikan protokol apabila sanggup menunggu di boarding stairs kapalterbang ketika menyambut kedatangan Tun ke Indonesia..
Kita masih ingat bagaimana Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengakui yang dia berasa gemuruh bila berjumpa dengan Tun..
Kita masih ingat bagaimana Presiden Rusia, Vladimir Putin berkeras untuk membuat kunjungan hormat pada Tun di kediaman Tun di The Mines walaupun Tun pada ketika itu bukan lagi Perdana Menteri..
Semua mereka ini sangat kagum akan ketokohan dan kewibawaan Tun..
Beliau begitu disegani dan menjadi sumber inspirasi bukan hanya kepada masyarakat dunia tetapi turut juga kepada pemimpin-pemimpin dunia..
Tapi, bayangkan apa akan jadi andai Tun dilihat bekerjasama dan bersahabat semula dengan rejim kleptokrat yang dipandang hina oleh seluruh masyarakat dunia..?
Apa akan jadi pada pandangan masyarakat dunia terhadap Tun..?
Apa akan jadi pada pandangan masyarakat dunia terhadap negara Malaysia..?
Terhadap bangsa Melayu..?
Terhadap agama Islam..?
Jika Tun menerima semula UMNO dan Najib Razak, masyarakat dunia akan menganggap Tun ini seorang yang hipokrit dan penuh kepura-puraan..!
Negara Malaysia terutama orang Melayu itu dilihat sebagai satu bangsa yang korup, tidak amanah dan tiada maruah..!
Atau Melayu itu satu bangsa yang terlalu bodoh dan senang ditipu kerana masih boleh menerima dan mengangkat seorang pemimpin super korup seperti Najib itu sebagai seorang ketua dan pemimpin negara..
Pendek kata, negara Malaysia yang kita cintai ini akan dipandang sehina-hinanya dan menjadi ‘paria’ dunia..
Tun sebagai seorang negarawan yang cintakan negaranya sudah tentu tidak akan benarkan perkara ini berlaku..
Oleh sebab itulah Tun menentang keras, sekeras kerasnya kerjasama politik diantara parti Bersatu dan UMNO ini hingga sanggup melepaskan jawatannya sebagai seorang Perdana Menteri..
Kehebatan insan bernama Mahathir bin Mohamad ini sebenarnya telah banyak membuka peluang untuk Malaysia..
Beliau mengangkat nama Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani dan dikagumi masyarakat dunia. Berapa banyak peluang perniagaan mahupun pelaburan yang telah diperolehi di negara-negara yang begitu menyanjungi Malaysia dan Mahathir..?
Negara-negara seperti Jepun, Turki, Bosnia, Cuba, Pakistan, Uzbekistan dan negara-negara Afrika sangat mengangumi kita..
Hanya bermodalkan nama Malaysia dan Mahathir sudah cukup untuk membuka peluang perniagaan dan pelaburan dan seterusnya memberi kelebihan kepada usahawan-usahawan negara kita..
Bayangkan kelebihan kelebihan ini akan hancur musnah andai masyarakat dunia sudah tidak hormat kita lagi..
Bayangkan peluang perniagaan dan pelaburan akan hilang begitu saja andai masyarakat dunia pandang jijik dan hina terhadap kita..
Tun telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak peduli akan legasi yang bakal ditinggalkannya..
Beliau menyerahkan kepada masyarakat dan sejarah untuk menilai dan menghukumnya kelak..
Kita harus sedar dan mengakui bahawa Tun lakukan semua ini hanyalah kerana maruah agama, bangsa dan negaranya..
Untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara dari dihina masyarakat dunia..
Beliau lakukan ini bukan untuk kepentingan dirinya atau hendak naikkan anaknya menjadi Perdana Menteri..!
Tun mungkin tidak ada banyak masa lagi..!
Tetapi selagi nyawa dikandung badan..
Selagi roh tidak dijemput Ilahi..
Patah paruh bertongkat dagu..
Demi negara yang dicintainya ini, Tun akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir hingga ke hujung nyawa..!
Itulah refleksi seorang negarawan terulung bertaraf dunia..
Semoga Allah s.w.t. berkati perjuangan Tun.. Amin Ya Rabb..
Credit :
Assc Prof Dr Srazali Aripin
Deputy Dean Kuliyyah Senibina UIA .
 
 

 

No comments:

Post a Comment

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...