Friday, 8 October 2021

Parti Berasaskan Kaum

 

PARTI BERASASKAN KAUM

1. Mengapakah parti politik di Malaysia berasaskan kaum? Jawapannya ialah rakyat Malaysia berkeras untuk mengekalkan identiti mereka dengan negara asal mereka.
2. Ini tidak berlaku di negara-negara berbilang kaum yang lain. Para penghijrah dari negara lain, setelah menerima kewarganegaraan, mereka menerapkan bahasa, budaya dan kesetiaan kepada negara angkat mereka dengan sepenuhnya. Mereka dapat mengasimilasi sepenuhnya selepas satu atau dua generasi.
3. Tetapi penghijrah di Malaysia, walaupun warganegara berkeras tidak hanya diakui sebagai asal usul yang berbeza dari orang asal tetapi secara fizikalnya dipisahkan melalui fungsi ekonomi dan fahaman politik mereka.
4. Pejuang (parti) berasaskan kaum. Ia adalah parti orang Melayu. Ini kerana ia dijangka akan bertanding menentang UMNO, sebuah parti orang Melayu. Dan ia dijangka akan dilakukan di kawasan luar bandar di mana penduduknya kebanyakannya berbangsa Melayu. Orang-orang ini tidak akan menyokong parti berbilang kaum. Sekiranya tidak ada parti Melayu lain, orang luar bandar akan memilih UMNO. Selain itu UMNO adalah kaya dan orang Melayu luar bandar adalah miskin. Duit sangat bermakna kepada mereka. Pejuang adalah alternatifnya.
5. Terdapat banyak masalah tetapi kaum dan duit lebih penting.
6. Pejuang tidak mempunyai duit. Ia bergantung pada kaum dan kempen anti rasuahnya.
7. Selagi mana kita mengekalkan identiti kita dengan identiti negara asal kita, politik dan parti politik di Malaysia akan tetap bersifat perkauman.
Ahli Parlimen Langkawi
6 Oktober 2021
 

 

SOGOK

      SOGOK 1. Ada orang yang berpendapat dirinya kebal. 2. Curi duit pun tak akan sesiapa bertindak. 3. Tetapi akhirnya ia dipenjara juga. ...